Membumikan Pengajian Aqidah

Pengalaman saya, semenjak dari bangku sekolah, pengajian ilmu tauhid merupakan subjek yang agak sukar dihadam. Apa pun, tidak dinafikan kebaikan dengan membantu memberikan pengertian, apakah yang dinamakan sebagai Tuhan, Nabi, Alam Ghaib dan sebagainya.

(Barangkali ini adalah kritikan)

Melihat kepada perkembangan semasa, aqidah menjadi masalah utama apabila ianya tidak dibumikan kepada pelajar. Isu membumikan ilmu ini pada saya agak sukar, tapi tidak mustahil. Pengalaman saya mempelajari ilmu ini agak sukar dengan istilah-istilah, dan cara penerangan.

Pandangan saya, istilah-istilah ini perlulah dirungkai dan dijelaskan kepada pelajara sewajarnya. Gaya penerangan juga penting dengan memastikan kefahaman kepada pelajar. Pengalaman saya mengajar, untuk memberi faham itu agak susah, tetapi tidak mustahil andainya, pengajar itu betul-betul memahami dan menjelaskan dengan bahasa melayu yang terkini. Saya melihat, sesetengah pengajar terikat dengan Nahu dan Soraf bahasa arab apabila menerang, dan pada akhirnya menerang secara harfiah, berbanding memberi faham kepada anak didik. Tidak dinafikan pembawakan harfiah ini baik untuk mereka yang ingin pelajari ilmu usuludin secara terperinci dan mendapat maksud secara terperinci. Namun, gaya penerangan, terutamanya kepada masyarakat umum, apatah lagi kanak-kanak perlu lah lebih jelas.

Disana juga ada pihak yang mempertikaikan, ‘complexity’ ilmu tauhid ini kerana bercampur aduk dengan falsafah. Justeru, mencadangkan untuk dipelajari ilmu usuludin dari manhaj salaf/salafi yang lebih mudah. Saya tidak ingin bahaskan perkara ini/kebenaran di pihak yang mana, cuma pada saya, pandangan ini ada benarnya. Justeru, perlulah diterangkan secara jelas kepada pelajar istilah-istilah yang ada untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada mereka.

Seterusnya juga ialah modul kefahaman ilmu akidah. Pada saya tidak cukup ilmu ini dengan hanya menerapkan teori semata, tetapi juga dengan praktikal, barangkali dengan contoh dan soalan-soalan kefahaman. Soalan peperiksaan juga tidaklah sewajarnya hanya bertanya soalan-soalan untuk hafazan semata, tetapi juga soal kefahaman. Dan perkara ini tidak mungkin terlaksana, tanpa persediaan oleh guru-guru yang bakal mengajar, baik dari sudut ilmu dan cabaran.

Wallahu alam.

Advertisements

Ayuh Berubah! 

​Manusia. Tidak lari kesilapan. Senantiasa dibelenggu kesalahan. Namun, sebaik mereka adalah yg bertaubat.
Berubah. 

Mengapa? 

Apa? 

Macam mana? 
Tulisan ini hanya dirangka dalam pikiran saya semata, berdasarkan pengamatan dan pengalaman. 
Persoalan yg pertama, 

1. Mengapa kena berubah?
Lahirnya kita adalah dalam kalangan latar belakang yang berbeza. Ada yang sememangnya diasuh dengan akhlak yang tidak baik hasil didikan orang tua, yg barangkali sibuk mencari duit. 
‘Masuklah ke jalan Islam secara kesuluruhan’ Menganut Islam, bukanlah bererti hanya menyembah Tuhan yang Esa semata. Tetapi juga mengikut syariat yang dibawa Pesuruhnya. Isi syariat, bukan semata ibadah, juga berkaitan moral, hubungan antara manusia dan lain-lain. Oleh itu digambarkan Islam ini sebagai agama yang syumul. Dan slogan ‘Islam is our way of life’  selalu dikaitkan. 
Oleh itu, berubah diri ke jalan Islam, jalan yang diredhai tuhan amatlah perlu. Bukan sahaja bila menganut agama Islam, beribadah banyak, tetapi bersikap zalim terhadap orang lain, makan rasuah dll. Tetapi Islam itu secara keseluruhan, dari segi akhlak, politik, ekonomi dan sebagainya. 
2.Apa? 
Berubahlah mengikut lunas dan cara Islam kehendaki. 
Hadirnya Islam dalam kehidupan manusia sbg panduan dalam kehidupan. Hidup dunia hendaklah dibajai dengan amalan saleh dan dituai akhirat kelak. 
Berubah bukan hanya dari aspek teologi semata, juga dalam bab akhlak. 
Namun, makalah ini saya ingin tekankan bab akhlak ini kerana melihat akhlak merupakan isu utama, dan memberika cadangan solusi kepada masalah ini. 
Hal ini kerana, agak janggal dan pelik, pada hari ini, melihat org² yang lantang berbicara soal Islam, tetapi akhlak nya bukan Islam. 
3. Bagaimana? 
1. Ilmu

Dasar agama Islam adalah ilmu. Hadirnya Islam dengan ilmu yang menghapuskan taqlid yg tiada asas. 
Kegusaran saya melihat kepada para daie ini, tidak lagi melazimi majlis ilmu, bahkan lebih berminat utk mengisi masa dengan aktiviti bersuka ria semata. Manakala lain masanya pula sibuk dengan program. Hal ini juga dicatitkan oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Aku dan Ikhwan Muslimin, dalam bab teguran suci. 
Hasil dari tidak melazimi majlis ilmu, dilihat kebanyakan perjuangan dan akhlak hanyalah tidak lain, semangat dan ikutan semata. Contohnya bila ada yang memperjuangkan isu ikhtilat(konteks kampus). Hal ini amat baik kerana dilihat ikhtilat ini merupakan punca berlakunya zina. Namun, bagaimana kah sebenarnya ikhtilat itu, jika tidak diberikan dalil yang mapan, hanya sekadar ikut-ikutan dari senior² yang ‘jaga ikhtilat’, maka perjuangan tersebut hanyalah ibarat mencurah air ke daun keladi. Penerangan dan pencerahan yang sebenar amatlah perlu supaya akhirnya daie sendiri yang melanggar perkara yang diperjuangkan. 
Dari ilmu inilah munculnya prinsip bila dah firm dengan ilmu. 
Prinsip inilah yang sebenarnya membentuk seorang manusia. 
2. Circle yang baik
Memilih sahabat yang baik amatlah perlu. Sebab mereka adalah cerminan kepada individu. Berkawan dengan orang yang suka bersosial, akan terpengaruh dengan mereka. Berkawan dengan orang yg suka mengumpat, kita pun akan terpengaruh. 
Oleh itu, perlu dipilih sebaiknya, siapa sahabat kita. Adapun dalam konteks dakwah, ianya lebih luas dgn melihat siapa mad’u. Berkawanlah dengan semua, tetapi bersahabatlah dengan org yang saleh supaya kita menjadi saleh. 
Pengaruh mereka amat kita dambakan sekiranya kita ingin berubah. 

Memaknakan Duat 

Duat adalah muslim yang menyeru masyarakat ke arah Islam. Kerja yang dilaksanakan oleh mereka ini adalah merupakan tanggungjawab, baik secara kolektif mahupun individu.

Homeless Project

Allah mengangkat golongan ini sebagaimana firman-Nya :
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” 

47:33
Ini juga merupakan kerja para Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia.
Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya, lalu berkatalah ia: “Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)”

7:59
Jika ditanya, apakah yang ingin disampaikan oleh duat, sudah tentu jawapannya adalah Islam. Namun, satu kemusykilan yang besar apabila seorang yang mengaku duat itu sendiri tidak tahu isi Islam yang diajaknya. Kadangkala apa yang dibuat, hanya-sa-nya berdasarkan akal pikiran dan kecenderungan diri semata.
Tidaklah bermaksud untuk menyusahkan sesiapa ingin berdakwah, tetapi dalam dakwah ada juga isinya, iaitu Islam, dan perlu difahami. Tidaklah juga berkata perlunya pemahaman yang dalam sebagaimana fahamnya ulama(ia lebih baik sebenarnya) dalam dakwah baru boleh berdakwah. 
Namun, paling kurang anda perlu ketahui dari manakah isi yang anda ambil. Dan bila ditegur, cubalah semak kembali isi tersebut.
Hadith yang mafhumnya, “Sampaikan dari aku walaupun satu ayat” jelas mengajak untuk berdakwah walaupun satu ayat.
Oleh itu, para duat, disamping berdakwah, ayolah sama-sama menambah ilmu agama dan mempraktiskannya.
Kadangnya juga, ada yang jelek dengan duat ini, kadangnya tidak cukup Islamis, terutamanya dari sudut akhlaknya. Teguran ini Allah sematkan dalam Al-Quran, 
[Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!] 61:2
Teguran ini jelas, menyeru agar duat melaksanakan apa yang diseru.
Namun, barangkali, ada sikap lainnya, yang tidak cukup Islamik untuk dibuat. Merujuk kepada pesan Hasan al-Banna, ‘Perbaiki diri, Serulah yang lain’ yang dibuat secara serentak duanya. Perlu juga duat memahami konsep mujahadah, iaitu berusaha kearah lebih baik dengan melawan hawa nafsu dan syaitan.
Semoga dakwah lebih baik.
Wallahu alam.

Masalah Agamawan

                                      

Kebelakangan ini, saya kerap memikirkan masalah agamawan. Melihat kegagalan institusi agama dalam membendung perpecahan, membantu masyarakat dan memberi pencerahan, benar-benar membuatkan saya termenung.

Saya yang bukan dari latar keluarga yang ‘pious'(hanya saya belajar aliran agama. Tapi Alhamdulillah, mereka kenal dan amal agama) punyai keinginan untuk mengetahui punca masalah ini. Apatah lagi dahulunya, masuknya saya ke aliran ini adalah untuk mencari solusi kepada ummah.

Namun, disaat punah dan hancurnya harapan saya ini, saya cuba mencari jawapan.

Saya kira, ini adalah penutup kepada kebingungan yang berlaku.
1. Matlamat dan Motivasi

Pernah sekali, saya menjadi pengerusi majlis dan diarah untuk melaksanakan taaruf. Untuk menambah perisa kepada majlis, saya bukan sahaja minta untuk taaruf nama dan kos, tetapi juga kenapa pilih kos tersebut. Saya agak heran terkejut kerana, ada jawapan, ‘belajar agama kerana ingin menjadi isteri solehah, kerana tiada pilihan dan lain-lain’. Saya tidak menyatakan salah untuk berkata sedemikian, namun hakikatnya, agak jauh dari jangkaan.

Perlu diakui, lain manusia, lain matlamatnya. Tambahan sekarang dunia penuh dengan dogma materialis sudah tentu cabaran besar, terutama dalam bidang pekerjaan. Kadang-kadang ada yang mengambil ijazah semata-mata ingin mendapat gaji lebih tinggi. Ada juga yang berusaha belajar kerana ingin membantu keluarga. Barangkali perbezaan pengalaman dam cabaran menjadi punca perbezaan ini.

Pada saya, terpulanglah kepada mana-mana individu untuk meletakkan matlamat masing-masing apa. Lebih baik dari mereka yang tiada matlamat.
2. Mujahadah

Halangan dan masalah ialah syarat kejayaan. Saya melihat, bagaimana sesetengah individu yang kecundang apabila menghadapi masalah, termasuklah saya. 

Cabarannya barangkali duit, masalah keluarga atau subjek itu sendiri. Dan disini barangkali ada yang mengalah dan mengubah matlamat hidup yang asal.

Saya juga melihat golongan yang hebat-hebat adalah mereka yang sangat cekal berusaha dan mujahadah dengan ilmu. Mereka tidak bersikap sambil lewa, tepati masa, rajin menalaah kitab, menahan nafsu dan syahwat, dan selalunya mempunyai schedule dan disiplin dengan schedule tersebut.

Jika ingin menjadi luar biasa, maka-nya usaha juga perlu luar biasa. Berbeza dari orang kebiasaan.

Memetik kata-kata seorang ustaz, orang yang belajar agama akan diuji samada ekstrim dalam pegangannya(jumud/tidak terbuka) atau bersifat bermudah-mudah dengan agama.
3. Kesimpulan

Pada saya, seorang agamawan perlulah jelas matlamatnya dalam belajar. Apa dan kenapa beliau belajar. Namun, yang terbaik ialah belajar kerana ummah dan Islam. Langsung juga jika hendak berjaya, adanya mujahadah. Jika tidak kecundang ditengah jalan.
Doakan saya istiqamah dengan Ilmu. 😊  

Pengurusan Mesyuarat

Beberapa hari lepas sempat memenuhi permintaan subcomm dibawan Presidential Secratary untuk memberikan guidelines kertas kerja dan pengurusan meeting. Saya mengambil bahagian Pengurusan Mesyuarat sebagai topik pembentangan.

Umum mengetahui, mesyuarat adalah kompenen penting dalam sesebuah persatuan mahupun organisasi ataupun syarikat. Bahkan dalam merangka perancangan dalam kerajaan juga penting untuk diadakan mesyuarat.

Konotasi ‘syura’ dalam al-Quran yang disebut beberapa kali, jelas menunjukkan kepentingan Mesyuarat.

Usai pembentangan banyak persoalan, bagaimana ingin mengurus ragam seseorang ahli mesyuarat. Kebanyakan persoalan saya menjawab berdasarkan pengalaman dan idea dari buku. Ini kerana realitinya manusia itu berbeza.

Disinilah peranan pengalaman, pembacaan dan juga hikmah dalam mengurus mensyuarat.

Berikut adalah silde yang saya sempat rangka berdasarkan buku ‘Effective Meeting’. https://drive.google.com/open?id=0B7Gt7wJz9NoKTEhreUJVdElfUE0

Semoga bermanfaat. 😀 

  

Usuluddin, Fiqh dan Tafsir

  

Tafsir Ayat Ahkam dan Qawaid Fiqhiyah antara dua subjek(Fiqh dan Quran) yang berbeza dari majoring saya, yang saya audit dan minor.

Cuba meneroka ilmu di luar bidang untuk meluaskan view dan perspektif dalam ilmu agama.

Sepanjang 5 minggu inilah berlaku perubahan drastik kepada bahasa Arab dan cara belajar.

Bahasa Arab secara perlahan-lahan diperbaiki. Apatah lagi memaksa diri membuka semula kitab nahu disamping ‘culture shock’, subjek yang dahulunya semua English, bertukar semuanya Arab kecuali satu.

Pemerhatian saya kepada pelajar Quran Sunnah dan Fiqh memerlukan ruang dan masa untuk menelaah kitab dan memahami serta mengingati informasi. 

Situasi ini berbeza dengan majoring saya yang banyak memerlukan pemahaman konsep-konsep dan critical analysis.

Semua majoring ada kelebihan masing-masing. Tipulah andai kata majoring lain tidak diperlukan. Dan lebih baik jika di-integrasikan ilmu-ilmu agama ini. 

Ditambah pula dengan Projek Team Muzakarah nanti bersama dengan @habibullahbiboll 😎. Meletop!

Nilai sebuah Kesusahan

 
Saya dari kecil diajar dengan hidup yang sempit(susah).Satu-satu cara untuk melepaskan diri adalah dengan belajar.

Barangkali ada yang tertanya. Kenapa perlu belajar, bisnes dan berpesatuan. Saya sendiri kadangnya pening dengan apa yang dilakukan, tapi itulah hidup zaman sekarang.

Saya punya sahabat, latar belakangnya agak berbeza. Dia berasal dari keluarga yang mewah. Dia, pelajar dan berpesatuan macam saya. Pernah sekali dia mengutarakan hasrat untuk ber-bisnes. 

Sudah lama sebenarnya hasrat itu diperap. Tapi entah kenapa tiada sebarang tindakan dari dia.

Ujar beliau.

Saya berleter panjang. Melihat kondisi beliau yang agak senang semestinya membuka peluang lebih cerah untuk berbisnes. Modal yang besar, barangkali untungnya besar.

Saya menyokong penuh impian beliau tetapi kesal dengan faktor tiada usaha untuk laksanakannya.

Barangkali inilah titik perbezaan antara saya dan dia. 

Enforcement hasil dari kesempitan hidup.

Ya, saya tidak mengatakan bahawa semua orang mewah itu kurang usahanya.

Tapi, nilai kesusahanlah yang mengajar dan mendidik diri untuk push until the utmost effort.

Bisnes, walau pahit dan penat, terpaksa dilalui untuk membantu diri, hidup dengan bekalan secukupnya.

Tapi, hati saya masih tertaut dengan ilmu. Mutiara yang memberikan 1001 nilai dalam kehidupan. Membantu saya mentadabur alam dan manusia.

Ditambah dengan politikus yang semakin gila. Harga barang naik dengan cukai yang melampau. Matawang merudum.

Pastinya lebih memaksa insan seperti saya untuk terus mengerah kudrat.

Semoga tuhan menilai erti pengorbanan ini.
Inilah NILAI KESUSAHAN.